04 April 2011

Pelapis Pengawas Bestari 2011

Sebagai pengawas bestari yang sudah lama berkhidmat,kami mempunyai banyak pengetahuan tentang ict berkat guru penasihat kami yang banyak mengajar kami dan demi untuk menjamin kepakaran yang berterusan,Senior-senior pengawas telah memberikan tunjuk ajar kepada pengawas-pengawas baru selok-belok ict ini.Jika boleh,kami ingin menurunkan segala ilmu yang kami perolehi.Semoga adik-adik pengawas mendapat ilmu yang diajar. 

21 Mac 2011

Berakhirnya Suku penggal persekolahan tahun 2011.

Pada minggu lepas kita telah bercuti bagi menandakan persekolahan kita telah berlalu sebanyak satu perempat Selepas bercuti,Cikgu Noorizat telah melaksanakan keputusan mesyuarat sebelum cuti yang lalu di mana para pengawas telah diwajibkan melaporkan diri pada setiap hari isnin untuk membincangkan dan merancangkan aktiviti dan tugas sepanjang minggu tersebut.   

24 Februari 2011

Majlis Persaraan Tuan Haji Ibrahim bin hashim 23 Febuari 2011

Tanggal 23 Febuari 2011 merupakan kehilangan yang besar kepada SMKA sultan muhammad kerana bersaranya Tuan Haji Ibrahim bin Hashim yang telah berkhidmat di SMKA SULTAN MUHAMMAD selama 27 tahun...hampir tiga dekad lamanya...Oleh kerana itu,kami pengawas bestari telah memberikan yang terbaik  dalam membuat slide untuknya...kami doakan semoga panjang umur dan berjaya di dunia dan di akhirat...kepada beliau.

11 Januari 2011

Bermula Tahun Baru 2011

Assalamualaikum,nampaknya tahun 2010 telah berlalu dan kini tahun 2011 menjelma.Orang kata tahun baru,Azam pun baru.Namun begitu,awal-awal tahun lagi sudah ada tugas yang menanti iaitu membantu sidang redaksi E-Majalah SMKASM membuat E-MAJALAH SMKASM edisi pertama.Walaupun tahun ni ramai pengawas bestari mengambil peperiksaan SPM,tetapi mereka sanggup membantu dalam kepakaran masing-masing.Doa-doakan kejayaan dalam mencipta E-MAJALAH SMKASM yang pertama dan juga kejayaan di dalam peperiksaan SPM, AMIN

23 Oktober 2010

Penghabisan 2010

Berakhirnya majlis graudasi pelajar tingkatan 5 2010,maka berakhir lah projek kami pengawas bestari untuk tahun 2010.Tahniah kepada para PENGAWAS BESTARI kerana berjaya menyelesaikan segala urusan tepat pada waktunya dan syukur ke hadrat Illahi,kerana telah menjadikan segala-galanya berjalan dengan lancar.Semoga segala kerahan tenaga yg telah dicurahkan akan diredhai dan diberkati oleh semua pihak.Seribu kemaafan dipinta sekiranya sepanjang kami menggalas tanggungjawab yg diberi pernah menimbulkan rasa ketidak puasan  hati dan lain-lain.Semoga Pengawas Bestari akan bangkit dan mengharumkan nama sekolah pada hair-hari yg mendatang.Usaha dan tawakkal dijadikan sebagai teman sepanjang menjalankan tugas.Walaupun masih baru dan mentah,tetapi mempunyai jiwa dan semangat yg kental.Dan pada 21/10/2010 juga,alhamdulillah guru bimbingan pertama kami,En Norizat Bin Mamat telah pun berangkat ke tanah suci menunaikan kewajipan Haji.Semoga perjalanan nya selamat pergi dan pulang.Dengan harapan,pemergiannya diiringi dengan ketenangan hati dan ketenteraman jiwa.Amin..