15 Oktober 2009

Matlamat Pembestarian Sekolah

Wujudnya usaha yang berterusan ke arah membudayakan penggunaan ICT dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran sekolah. Kementerian Pelajaran sentiasa memveri penekanan yang sewajarnya dalam usaha-usaha meningkatkan ICT dari pelbagai dari pelbagai aspek sama ada pembekalan, perolehan, penggunaan dan sebagainya.Sememangnya usaha yang bersungguh-sungguh untuk membina budaya penggunaan ICT ini diharap dapat mencapai matlamat. Antaranya:

a. Membentuk masyarakat yang kreatif, kritis dan inovatif.
b. Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat berasaskan ICT.
c. Membentuk modal insan yang berkemahiran dalam bidang ICT ke arah masyarakat k-ekonomi yang mampu bersaing di pasaran global.
d. Merapatkan jurang digital antara bandar, luar bandar dan pedalaman.

Latar Belakang

Dakam usaha untuk memantapkan dan memajukan lagi sistem pendidikan (rujukan KP (BS-DSR)8787/008/2(10) bertarikh 18 JUlai 2005). Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi penekanan yang sewajarnya dalam pelaksanaan pelbagai program berkaitan penggurusan dan penggunaan ICT. Sehubungan itu, melalui waran peruntukkan B.41 Kementerian Pelajaran Malaysia, setiap sekolah telah diperuntukkan Guru Penyelaras Bestari (GPB) sepenuh masa. Perlantikan ini diharap dapat membantu meningkatkan keupayaan pengurusan dalam usaha membina budaya penggunaan ICT di sekolah yang lebih cemerlang dan berkesan.

Prasarana Pembestarian Sekolah

Kemudahan yang disediakan:

1. Makmal komputer.
2. Pusat Akses.
3. Kemudahan WiFi.

Perancangan

Program yang dirancang

1. Kursus dalam kalangan guru-guru , kakitangan sokongan dan para pelajar.
2. Khidmat bantuan nasihat dan tunjukajar dari segi kemahiran dan pengetahuan
3. Lawatan sambil belajar
4.