15 Mei 2010
Enam Elemen Utama Pembelajaran Abad Ke-21
*Penekanan terhadap semua mata pelajaran utama
*Penekanan terhadap kemahiran belajar
*Penggunaan alat-alat abad ke-21 untuk mengembangkan kemahiran belajar
*Mengajar dan belajar berdasarkan konteks abad ke-21
*Mengajar dan belajar kandungan abad ke-21
*Penggunaan penilaian abad ke-21 untuk menilai kemahiran abad ke-21.
Kandungan Abad Ke-21 Merangkumi
*Kesedaran Global
*Literasi kewangan,ekonomi dan perniagaan
*Literasi sivik
*Literasi kesihatan
Konteks Abad Ke-21 Boleh Direka Cipta Dengan
*Menghubungkaitkan kandungan akademik dengan kehidupan pelajar
*Membawa dunia ke dalam kelas
*Membawa pelajar ke luar kelas
*Menyediakan peluang unutk pelajar berinteraksi antara satu sama lain,berinteraksi dengan guru dan juga orang dewasa yang berpengetahuan dalam situasai pembelajaran melalui pengalaman.
Penguasaan mata pelajaran-mata pelajaran Utama
Penguasaan semua mata pelajaran utama dan tema abad ke-21 adalah penting untuk pelajar-pelajar abad ke-21.Antara mata pelajaran utama ialah Bahasa Inggeris,Bahasa-bahasa dunia,Seni,Matematik,Ekonomi,Sains,Geografi,Sejarah dan Sivik.
Untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi cabaran-cabaran abad ke-21,fokus kepada kefahaman kandungan akademik sahaja tidak mencukupi.Pendidikan perlu mengintegrasikan tema-tema interdisplin berikut dalam semua mata pelajaran utama:
*Kesedaran global
*Literasi kewangan,ekonomi dan perniagaan
*Literasi sivik
*Literasi kesihatan
Pembelajaran/Pendidikan/Pelajar Abad Ke-21
Pendidikan selama 150 tahun yang lalu disediakan untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi kehidupan kerjaya dalam bidang "Ekonomi Perindustrian".Pengubahsuaian dalam pendidikan perlu seiring dengan perubahan pesat dalam dunia teknologi bagi menyediakan pelajar yang berdaya saing dalam bidang "Ekonomi Maklumat/Pengetahuan"(Knowledge Economy).
Maka,pendidikan abad ke-21 perlu diubahsuai bai memenuhi keperluan dan cabaran abad ke-21.Pedagogi yang menggunakan teknologi baru dan memeberi peluang kepada pelajar mengembangkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran abad ke-21 mesti diberi perhatian.Walau bagaimanapun ini tidak bermaksud bahawa kemahiran asas dan mata pelajaran utama boleh diabaikan.Namun,terdapat beberapa lama yang tidak begitu relevan lagi dan beberapa literasi baru perlu diajar.
Langgan:
Catatan (Atom)