23 Oktober 2010

Penghabisan 2010

Berakhirnya majlis graudasi pelajar tingkatan 5 2010,maka berakhir lah projek kami pengawas bestari untuk tahun 2010.Tahniah kepada para PENGAWAS BESTARI kerana berjaya menyelesaikan segala urusan tepat pada waktunya dan syukur ke hadrat Illahi,kerana telah menjadikan segala-galanya berjalan dengan lancar.Semoga segala kerahan tenaga yg telah dicurahkan akan diredhai dan diberkati oleh semua pihak.Seribu kemaafan dipinta sekiranya sepanjang kami menggalas tanggungjawab yg diberi pernah menimbulkan rasa ketidak puasan  hati dan lain-lain.Semoga Pengawas Bestari akan bangkit dan mengharumkan nama sekolah pada hair-hari yg mendatang.Usaha dan tawakkal dijadikan sebagai teman sepanjang menjalankan tugas.Walaupun masih baru dan mentah,tetapi mempunyai jiwa dan semangat yg kental.Dan pada 21/10/2010 juga,alhamdulillah guru bimbingan pertama kami,En Norizat Bin Mamat telah pun berangkat ke tanah suci menunaikan kewajipan Haji.Semoga perjalanan nya selamat pergi dan pulang.Dengan harapan,pemergiannya diiringi dengan ketenangan hati dan ketenteraman jiwa.Amin..