04 April 2011
Pelapis Pengawas Bestari 2011
Sebagai pengawas bestari yang sudah lama berkhidmat,kami mempunyai banyak pengetahuan tentang ict berkat guru penasihat kami yang banyak mengajar kami dan demi untuk menjamin kepakaran yang berterusan,Senior-senior pengawas telah memberikan tunjuk ajar kepada pengawas-pengawas baru selok-belok ict ini.Jika boleh,kami ingin menurunkan segala ilmu yang kami perolehi.Semoga adik-adik pengawas mendapat ilmu yang diajar.
21 Mac 2011
Berakhirnya Suku penggal persekolahan tahun 2011.
Pada minggu lepas kita telah bercuti bagi menandakan persekolahan kita telah berlalu sebanyak satu perempat Selepas bercuti,Cikgu Noorizat telah melaksanakan keputusan mesyuarat sebelum cuti yang lalu di mana para pengawas telah diwajibkan melaporkan diri pada setiap hari isnin untuk membincangkan dan merancangkan aktiviti dan tugas sepanjang minggu tersebut.
24 Februari 2011
Majlis Persaraan Tuan Haji Ibrahim bin hashim 23 Febuari 2011
Tanggal 23 Febuari 2011 merupakan kehilangan yang besar kepada SMKA sultan muhammad kerana bersaranya Tuan Haji Ibrahim bin Hashim yang telah berkhidmat di SMKA SULTAN MUHAMMAD selama 27 tahun...hampir tiga dekad lamanya...Oleh kerana itu,kami pengawas bestari telah memberikan yang terbaik dalam membuat slide untuknya...kami doakan semoga panjang umur dan berjaya di dunia dan di akhirat...kepada beliau.
11 Januari 2011
Bermula Tahun Baru 2011
Assalamualaikum,nampaknya tahun 2010 telah berlalu dan kini tahun 2011 menjelma.Orang kata tahun baru,Azam pun baru.Namun begitu,awal-awal tahun lagi sudah ada tugas yang menanti iaitu membantu sidang redaksi E-Majalah SMKASM membuat E-MAJALAH SMKASM edisi pertama.Walaupun tahun ni ramai pengawas bestari mengambil peperiksaan SPM,tetapi mereka sanggup membantu dalam kepakaran masing-masing.Doa-doakan kejayaan dalam mencipta E-MAJALAH SMKASM yang pertama dan juga kejayaan di dalam peperiksaan SPM, AMIN
Langgan:
Catatan (Atom)